Saturday, 14 May 2016

luahan hati

Assalamualaikum wbt

Bila kita mencintai dia setulus hati, kita tetap tunggu dia walaupun kita ni disakiti. Perasan cinta tak penah berubah sedikit pun, kasih sayang masih ada dalam diriku, Allah saja yang tahu isi hati kita. Kerana sayang saya tegur kesilapan mu, bukanya aku nak hinakan. Cuba pujuk hati terima teguran dan hati yang lapang. Kerana sayang la saya sanggup buat apa saja. saya tak kisah hidup kau sederhana. Bagi saya yang tu tak penting, duit boleh cari. rezeki semua datangnya dari Allah SWT.  Kita kena bersyukur nikmat itu. Banyak sabar.

Setiap kali melihat wajah mu yang tersenyum itu. Aku rindu.. saya hanya mampu melihat dari jauh. Hanya sampaikan doa buat sidia. walaupun berjauhan tetap dihati. Walaupun banyak salah dengan dia. Cuba berubah jadi baik kerana Allah dan Dia, Saya tau awak kecewa dengan saya, perangai saya ni. Awak Cakap terima seadanya. tapi sekarang ni Awak tinggaikan saya. Saya cuba berubah. Allah saja tahu perubahan saya. Tidak mengapa.

Mungkin ini ujian dari Allah. Kena tabah menghadapi. Jangan bersedih. Allah tahu apa yang terbaik. Banyak berdoa. Kalau kita cintakan seseorang itu kerana Allah dan Agama. Allah takkan lenyapkan perasaan itu".

Sabar hadapi ujian dariNya. Sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap ujian bersabar dengan dugaan dariNya. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba dia. Put your trust to Allah. Bersangka baik dengan Allah. Cintailah dia kerana Allah .

Ya Allah tolong jagakan dia untukku :)

3 comments :