Saturday, 14 May 2016

HATI YANG TABAH

Sekuat apapun hati, hati kena tabah dan kuat menghadapi ujian dari DIA. Allah bagi kita ujian sebab Allah sayang pada kita. Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita sendirian. Allah memberi kedewasaan bila ada masalah. Allah melatih kita jadi orang yang sabar dalam kesakitan. Allah tidak penah ambil sesuatu yang kita sayang tanpa mengantikan dengan yang lebih baik. Setiap ujian yang Allah bagi dekat kita pasti ada hikmahnya. Semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya semakin kuat ujian buatnya. Bersangka baik dengan Allah SWT.

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Inilah penawar untuk hati, apabila sesuatu yang kita tidak diingini berlaku dalam hidup. yakinlah bahawa Allah sebaik-baik perancang. Allah menguji hambanya dengan musibah dan nikmat untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar dan siapa yang berputus harap. Bersabarlah ujian tanda Allah rindu mendengar rintihan dan doa hamba-hambanya. "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"

kadangkala Allah sengaja beri kita rasa sunyi dan keseorangan walaupun ada insan di sekeliling kita, Allah rindu nak dengar kita menangis, mengadu dan bersujud kepadanya. Allah tidak penah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar. Tetapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi pelangi di setiap badai, senyuman di setiap titisan air mata, berkah di setiap cubaan dan jawapan di setiap doa. Jangan penah jemu berdoa Allah sentiasa mendengar.

Nak hati tenang berzikir. Berzikir membuatkan hati kita menjadi tenang dan lapang. Subhanallah! Berzikirlah, hati akan menjadi tenang. Berdoa juga dapat melapangkan hati yang terluka. Dan satu lagi dalam agama kita diajar supaya menjaga solat. Jangan rasa rugi untuk tinggalkan masa 10 minit mendirikan solat kerana ia dapat selamatkan akhirat yang panjang. " sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasa di hari kiamat dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya". kita wajib menunaikan solat fardhu. Kekasih Allah, Muhammad SAW pernah bersabda:
" Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyang nescaya baiklah amalan-amalan lainya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain"

Jaga solat. 9 kemuliaan orang menjaga solat
1)Di cintai Allah, 2) Badan selalu sihat 3) Dijaga oleh malaikat 4) Turun berkat pada rumahnya 5) Tampak pada wajahnya tanda orang soleh 6) Allah akan melembutkan hatinya 7) Lalui sirat (titian) sepantas kilat 8) Diselamatkan oleh Allah daripada api neraka 9) Allah menempatkannya bersama orang yang tidak takut dan tidak bersedih.

Jika kita jaga solat Insha allah akan berjaya.

Apa yang terjadi hari ini, banyak sabar dengan ujianNYA
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, SABAR dan REDHA
Ucaplah Alhamdulilah.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita di Dunia dan Diakhirat

Renung2kan dan selamat beramal. ingatan untuk diri sendiri ini juga yang sering lalai
kalau ada salah silap tegur menegur . Terima kasih membaca

No comments :

Post a Comment