Terima kasih datang dalam hidup kak, love you more adikk
selama kak kenal adik, adik seorang yang baik, bila kak sedih ka apa, mesti adik ada bagi kak ceria balik. kadang2 kak ada cemburu sikit dengan adik.. hihi
adik seorang yang pandai berkata..
setiap kali adik kata kat kakak, rindu adik dak??
kak rindu sangat2, cuma kak jenis tak menunjuk rindu itu hahah
Kak dah anggap adik mcm adik kakak sendiri, bila adik ada masalah kak tolong
kak tak boleh tengok adik sedih , kak pun turut sedih sama hmm
walaupun kak ni takdak adik.kak dah anggap adik mcm kluarga sendiri
Terima kasih ya allah kerna temukan orang sebaik kamu
terima kasih adik
KAK SAYANG KAMU ADIK !!!!
Wednesday, 1 July 2015
Hai semua, alhamdulilah salam ramadhan ke 14
Anak sapa ni, alolo comelnya ??????
Hai semua saya Megat Naufal B. Megat Hazim Zamal hihi
orang baru disini :) salam kenalan dari naufal..
alolo comelnya anak menakan maksu qis ni. 6 hari dah.. naufal lahir 25/6/15..
geram pula tengok dia tidur, macam nak cubit ja naufal ni hihihi
maksu dia takut nak dukung naufal lagi hihi, besar sikit maksu dukung naufal ya
muka macam abg qis, putih ikut mak dia.. besar nanti mesti hensem naufal ni, ramai peminat pa hihi
jadi anak yang soleh ya naufal, ikut cakap mama papa naufal ya, besar nanti jangan nakal ..
jenuh nenda n tokwan nak jaga kamu nanti hahah sekali ngan maksu dia lah kena jaga ..
naufal ni kerja tidur ja siang dan petang, mai malam berjaga, jenuh mama dia nak jaga. nasib la jenis tak teriyak sangat.. mesti besar nanti bila dukung naufal tak teriyak. tak sabar nak tengok kamu naufal membesar. hihi
nanti maksu update lagi yer hihi
kbye semua, jumpa lagi :)
Assalamualaikum !!
Salam Ramadhan !!
Mari kita layan dulu lagu raya hihi
tak sabar nak raya hihi
Suatu hari di hari raya - M Nasir
Seloka Hari Raya
Alhamdulilah, Salam Ramadhan Ke-14
semalam 30/6/15.. semalam qish berbuka dengan orang tersayang. baru sekejap jumpa dah rindu dekat korang berdua ermm.. kalau dipanjangkan umur kita berjumpa lagi nah love both of you.
bertudung merah tu nama dia Rosyeda, nama manja ida hihi
kak dah anggap awak tu mcm adik sendiri. besa lah qis mana ada adik.. teringin juga lah nak ada adik. kita ni anak last yg jadi adik. hihi so sad
baru sekejap tadi jumpa dah rindu adik gemuk sorang ni opss jangan marah nah hihi
awak tu comel hihi, untung sapa yang dapat awak tu hihi love you Adik Mok
JANGAN MARAH NAH muahh
yang last ni, awak muncul dalam hidup saya, buat saya gembira. awak terima saya seandainya dan kekurangan saya. awak mencintai saya dengan kejujuran dan keikhlasan hati awak. kalau allah dah tetapkan awak dengan saya , saya terima sepenuh hati saya. ada jodoh awak dan saya, kita kawin inshaa allah hihi, saya nak awak yang terakhir buat saya, insha allah dengan izin allah s.w.t, saya terima awak sepenuh hati saya.. awak akan jadi imamku nanti.
i love you KAR . Miss you KAR
allah tak penah silap, allah jodohkan setiap umat dia semuanya baik2. kita hanya berdoa untuk yang terbaik..
"wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki y ang keji adalah wanita-wanita yang keji(pila), wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula)
(An Nuur: 26)
Semoga allah memberikan hanya yang terbaik buat kita amin
Selamat Malam Semua !!
Salam Ramadhan !!
Jumpa Lagi
Saturday, 27 June 2015
Buat mu Sepupu ku tercinta hihi
Special day for you 27/6/15
To my lovely cousin..
to my favourite cousin, having you in my life is certainly a source of joy and happiness. may all your wishes come trus.. Happy Birthday Puteri Lina ke -18
kak sayang kamu macam adik sendiri dah.. qis selalu apa2 selalu ngn sepupu qis ni..nak pi mana mesti ajak dia teman hihi. qis pi bercuti mesti ajak dia, besa lah takdak teman haha
kami rapat masa qish darjah 4 rasanya. tak ingat. sampai sekarang masih rapat macam kakak ngn adik kan.. dia sekarang dah sambung belajar lepas tamat spm, kak rindu puteri.. haritu sebelum dia masuk study kat UITM MERBOK tak sempat nak jumpa.. hmm rinduu woi.. dia cuti lagi lah tak sempat jumpa haha. nak jumpa pun raya natntilah. nak kluar nanti takdak teman lah :')
Love you, miss you Sepupu ku.. sorry hadiah takdak nak bagi. just for wish saja
hahaha.
Friday, 26 June 2015
Alhamdulilah tahniah abgku dapat anak lelaki, comel pula tu. kak ipar semalam selamat bersalin tepat jam 4 ptg 25/6/15 . tahniah hihi
la ni qish dapat pangkat baru jadi maksu lah hihi, muka macam abg qish, putih ikut macam mak dia.
besar nanti mesti hensem putih, ramai gegilaan ramai hihi
Assalamualaikum , alhamdulilah ramahdan hari ke 6.
hari letih sangat. dari pagi tadi pi hospital teman kak ipar jumpa doktor.
pastu kak ipar pula kena masuk wad pula, nak kena bersalin dh. sbb kak ipar kena kencing manis.
duk suntik pula ubat, takut bahaya kat baby lah.. jangka bersalin sepatuntnya 7/7/2015. sekarang kak ipar qish ada kat wad, kat dewan bersalin tadi ramai sangat orang.. mungkin esok lah. harap bergitu lah. harap semuanya berjalan lancar. qis pula yang getaq tadi hihi memang lama lah tunggu kat ruang tunggu kat dewan bersalin tadi.. taksabarnya .. kita pula excitednya.. harap raya ni sepupu semua balik. ramai lah sikit kat rumah kan .
Thursday, 18 June 2015
Assalamualaikum Semua !!!!
semua sihat? qis alhamdulilah sihat !!
Saya mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita semoga allah mempermudahkan Ibadat Puasa Kita Tahun ini INSHA ALLAH dengan izin-nya
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARRAK
Jangan lupa niat puasa ya !!
Selamat Malam Semua !!
lama qish tak update blog ni..ok hari qish nak update pasal satu product ni.
sekarang ni tgh famous sekarang ..
Bagaimana Azanis Scar Serum mampu hilangkan kesan parut yang luarbiasa?
Azanis
Scar Serum memang dikenali sebagai serum hilangkan parut. Secara amnya
Azanis Scar Serum membantu untuk melembapkan kulit dan bertindak
sebagai vitamin antioksidan yang mana ia akan memelihara sel-sel yang
sentiasa terdedah dengan radikal bebas agar tidak rosak dan menyebabkan
penuaan awal. Satu lagi kelebihan Azanis Scar Serum adalah merawat
parut tidak kira parut jerawat, parut akibat kemalangan atau parut
disebabkan kulit sensitif.
Formulasi yang reka khas ini sesuai bagi jenis kulit yang berikut :-
Kulit berminyak
Kulit berjerawat bengkak dan bernanah.
Kulit Kemerahan (Hypersensitive Skin)
Mereka
yang pernah menggunakan produk Hydrokuinon & Merkuri kerana lapisan
Asid Matel kulit telah terhakis (Kulitnya sudah nipis)
Pa khabar semua, qish sihat ja alhamdulilah. lama juga lah tak bukak blog ni..rasa rindu pula nak naip hihi , cuma malass ja nak bukak haha, Hari ni banyak kerja kena buat.. petang tadi qish baru ja selesai buat chocolate cake moist untuk doorgift,untuk wedding kawan mama qish.. mama suruh buat, untuk bagi kat kawan dia.. sapa nak order boleh lah.. bagi yg duk alor setar ja lah hihi
eh kita ada pembantu, mama kita pun tolong.. dah la 100pcs..
100pcs ni ok lagi.. kalau lah bnyak order 500 keatas jenuh tak cukup tangan buatnya kan
yang ni dah siap pack n letak topping dia,,moist gitu hihi
sapa nak order boleh lah , whatsapp ke no tu.. bagi kawasan alor setar lah hihi
jauh2 qish tak delivery hihi.. oklah setakat disini ya.. nanti qish update pula..
pening kepala dari petang tadi, berdenyut2. hmm sebab panas kot..
lah ni musim panas sungguh.. kena lah banyak minum air kosong banyak.. bila panas hbis kering..muka n bibir pun kering kan..